roses...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aSsalamuAlaikuM....
UNIVERSITI berperanan sebagai institusi yang menyediakan ilmu pengetahuan kepada para pelajar supaya mereka boleh berdikari dengan menempatkan diri dalam pelbagai lapangan pekerjaan.
Dalam ruang pekerjaan yang semakin sempit pada hari ini, aplikasi ilmu pengetahuan amat penting bagi seorang siswazah. Mereka bukan sahaja berjuang untuk mendapatkan pekerjaan tetapi berusaha untuk membina kehidupan yang lebih baik.
“Tanggungjawab pelajar ialah menggarap seberapa banyak ilmu di universiti bukan sahaja akademik tetapi pembangunan personaliti diri yang bagus.
Pelajar juga perlu memiliki kreativiti dan integriti supaya apabila menamatkan pengajian kelak, mereka menjadi graduan yang berdaya saing dan berani berhadapan dengan cabaran.
“Kualiti ini bukan sahaja membuatkan majikan mengambil mereka bekerja tetapi boleh membina personaliti sebagai usahawan yang berjaya,” kata Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysia, Dr. Patmawati Ibrahim.
Menurut beliau, sikap pelajar yang tidak mampu menggunakan tempoh belajar di universiti sebagai platform membina personaliti yang positif akan menyebabkan mereka berhadapan masalah dalam pasaran kerja kelak.
Akibatnya universiti disalahkan kerana menjadi tempat menjana penganggur yang semakin bertambah saban tahun. Statistik menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur sudah mencecah ke angka 60,000.
Bagaimanapun, istilah pengangguran perlu difahami dengan jelas. Penganggur ialah golongan yang mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya mendapatkan pekerjaan. Definasi ini tidak termasuk golongan yang sengaja tidak mahu bekerja atau mereka yang berpindah dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain.
Sikap pelajar
“Saya berpendapat, masalah ini berpunca daripada sikap segelintir pelajar yang menganggap universiti adalah medan untuk menuntut ilmu akademik semata-mata hingga mengabaikan aspek-aspek lain seperti mengambil tahu tentang perkembangan semasa.
“Apabila mereka menghadiri temuduga, majikan akan melihat kesemua ciri-ciri ini dan bukannya bergantung kepada salinan ijazah atau gred yang kita peroleh. Bahkan kualiti ini juga penting bagi siswazah yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan,” jelasnya.
Beliau berpendapat, masalah pengangguran boleh dikurangkan jika siswazah mengambil langkah berani membabitkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Dalam hal ini, diakui, kekurangan modal menjadi masalah utama bagi siswazah untuk bergerak secara aktif dengan dunia perniagaan yang penuh cabaran dan risiko.
Katanya, siswazah yang dapat membuka mindanya dan melihat dunia dengan luas tidak hanya akan bergantung kepada makan gaji atau cita-cita menjadi eksekutif di sektor kerajaan dan swasta sahaja.
“Mereka sepatutnya telah menetapkan matlamat sejak di universiti dan fokus kepada kejayaan masa hadapan. Ini kerana mereka berjaya menggunakan ilmu yang dipelajari di universiti dan diaplikasikan dengan realiti kehidupan semasa yang menuntut banyak cabaran.
“Masalah tetap ada tetapi keyakinan diri untuk berjaya adalah lebih penting,” ujar beliau merujuk kepada segelintir siswazah yang berani mengambil langkah proaktif dengan menceburkan diri dengan perniagaan walaupun menyedari terdapat banyak risiko yang bakal dihadapi.
Selain itu, penglibatan mereka juga bertepatan dengan saranan Nabi Muhammad s.a.w. yang menyatakan bahawa sumber rezeki yang sebaik-baiknya datangnya daripada perniagaan yang baik dan halal.
Malah ia juga berdasarkan anjuran Rasulullah s.a.w. berkaitan bidang perniagaan yang seharusnya dijadikan pilihan prioriti ke atas umat Islam sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Sembilan persepuluh sumber rezeki adalah melalui perniagaan (Riwayat Tirmizi).
Untuk menggalakkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan, kerajaan menyediakan dana khas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Ia disalurkan kepada bank-bank untuk diberikan kepada usahawan.
Walaupun kerajaan menyediakan dana tetapi mereka memerlukan cagaran sama ada berbentuk hartanah atau rumah yang boleh dicagarkan kepada bank. Sebenarnya, masalah modal dan mendapatkan cagaran adalah cabaran utama bagi siswazah yang bakal bergelar usahawan.
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.
1 comment:
what i need to do if i have all da mood in a time...??hehe..btw ur blog seems like blo for learning..or sort of e-learning..quite good~
Post a Comment